Sunday, May 11, 2014

selamat hari ibu..mak!!!

Assalamualaikum :D

11 Mei adalah hari ibu bagi mereka bergelar ibu, tidak kiralah apa pon gelaran mak, ibu, bonda, mereka tetap ibu yang melahirkan dan menjaga kita sehingga besar.

hari ibu disambut sebenarnya bagi menghargai jasa pengorbanan ibu, sebagai seorang anak itu tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya, bahkan hari2 yg berlalu itu anggaplah sebagai hari ibu dan kita sepatutnya melakukan perkara yang membanggakan dan mengembirakan ibu mahupun bapa.



Namun, sebagai orang yang beragama islam, kita ditutut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari2 tertentu sahaja seperti hari ibu atau hari bapa.


Firman Allah SWT dalam Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”


No comments:

Post a Comment