Monday, May 26, 2014

result oh result

assalamualaikum...

sementara tunggu isyak aq berblog sekejup.. sambil memikirkan result yang beberapa hari lg akan keluar.. org kata dah nak masuk last sem xkan masih berdebar lg nak ambil result macam xbiasa ..tapi bg aq TIDAKKK!!! resultlah aq paling takut.. sbb aq dah pernah merasai pahitnye kegagalan.. Ya Allah permudahkanlah Ya Allah..

tu jerlah aq share dah isyak.. solat dulu.. assalamualaikum :)

tetap senyum walaupon hati gelisah kerana senyum adalah penawar keresahan.. hehe~ ayat cetakkan sendiri.. oke bye2

Sunday, May 11, 2014

selamat hari ibu..mak!!!

Assalamualaikum :D

11 Mei adalah hari ibu bagi mereka bergelar ibu, tidak kiralah apa pon gelaran mak, ibu, bonda, mereka tetap ibu yang melahirkan dan menjaga kita sehingga besar.

hari ibu disambut sebenarnya bagi menghargai jasa pengorbanan ibu, sebagai seorang anak itu tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya, bahkan hari2 yg berlalu itu anggaplah sebagai hari ibu dan kita sepatutnya melakukan perkara yang membanggakan dan mengembirakan ibu mahupun bapa.



Namun, sebagai orang yang beragama islam, kita ditutut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari2 tertentu sahaja seperti hari ibu atau hari bapa.


Firman Allah SWT dalam Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”


Saturday, May 10, 2014

debaran menunggu result

assalamualaikum :D
bila kebosanan melanda, aq terpk nak tulis blog..mana tidaknye shortsem seminggu 2 kelas jer..bosan3!!! xambek rasa macam rugi jer duk kat rumah tak buat ape2..nak xnak ambek lg ok... tp pejam celik result utk sem nie dah nak keluar..hanya Allah jer yg tahu bertapa debornye aq.. tak tahulah kenapa time result mesty tak senang duduk..kawan2 malah adek2 aq time result kuar relax jer ..aq jer terlebih doss berdebar.. mungkin sebab aq pernah fail kot perasaan aq jadi tak senang menunggu result..tp aq dah berusaha cuma tawakaL jer..insyaAllah..aq harap dapat yg terbaek...amin :)

Wednesday, January 29, 2014

akok teluk kalong

assalamualaikum.. :D

Td aq duk termenung tibe2 terpk tentang kuih tradisional, mmg sedap mkn time2 ptg..hehe..tp bknnya pasal sedap mkn yg aq nak ceritakan.  yelaa almaklum terengganu mmg terkenal dgn keropok lekor,nasi dagang dan kuih2 tradisional dan pada owg2 luar yg datang melawat terengganu rugi kalau tak merasa ..

agak2 kowang ape kuih tradisional yg mesty rasa kat terengganu? of courselaa kuih akok :P sekali makan mesty nak lglaa.. pada yg tak pernah tgk kuih akok nie hah aq tunjukkan..


nielah dye kuih akok~


mcm sedap x? kalau berjalan2 di kemaman jgn lupa singgah di teluk kalong untuk membeli akok..pada harga  yang reasonable.Cara membuatnya juga 100%  tradisional dgn menggunakan sabut.

cara pembakaran kuih akok~

proses akok disediakan

adunan diletakkan di dlm acuan




apabila masak akok kekuningan

diangkat satu-persatu


dan diletakkan ke dlm polystyrene dan sedia utk dijual
pada siapa2 yg teringin utk mkn akok blhlaa pegi ke teluk kalong :D juga utk tempahan boleh hubungi CIK ANI (0139249374)